Instagram

Wednesday, October 22, 2014

Review Pahang : Cuti Cuti di Cameron Highlands

Assalamualaikum wbt :) 

okay kali ni tanpa melengahkan masa asya nak share sikit catatan perjalanan (lah sangat) kami masa pergi bercuti di Cameron Highlands haritu.. 

Pahang sangat terkenal dengan pusat peranginan yang sejuk sejuk tu kan..antaranya Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Tinggi..so sesiapa yang nak feeling feeling honeymooh tempat sejuk tapi nak save budjet bolehla Visit Pahang sahajaaaaa! hihi.. 


Cameron Highlands


Genting Highlands


Bukit Tinggi Resort 


Percutian kali ni merupakan percutian kali ke 42 bagi asya..40 kali tu dalam mimpi dan lagi 2 kali tu barulah realiti..hihi..dulu first time pergi dengan anak murid aje..lawatan sekolah kan..pastu tak puas hati sebab time tu hujan lebat..masa tu pergi dalam bulan 10..habis basah kami..rugi rugi..huhu..so lepas ni elakkan pergi time musim hujan..sebelum pergi tu better check dulu Kaji Cuaca utk tarikh yang kita decide tu..take note ye.. :D

Tips Sebelum ke Cameron Highlands,boleh baca review atau Tips berguna berkenaan CH dalam blog :


Masa di CH, kami mmg selalu cari maklumat berkaitan tempat yg boleh dilawati..tempat best..tempat makan best di CH, tempat beli sourvenir murah murah..lokasi tempat yang popular..blog ni sangat membantu..TQ Mr. Kumai..hihi

okay,habis cerita pasal tu..kite next ke cerita seterusnya..

Catatan Perjalanan Asyazain ke Cameron Highlands

Kami bercuti selama 3 hari 2 malam..perancangan awal nak pergi bercuti tu mulanya dah booking hotel melalui website Booking.com tu masa cuti sekolah..booking hotel tu masa suami dekat Offshore lg..dia yang suruh booking awal sbb nanti tak payah la rushing cari hotel dah..

kebetulan pulak,jadual suami sampai Malaysia dipercepatkan seminggu sbb job habis awal..jadi Asya sangat Yahooo lah kan..haha....suami sampai airport,terus bagitahu die pasal holiday tu..balik rumah dia terus suruh tukar tarikh cepatkan seminggu sbb nanti kalau pergi time cuti sekolah, CH jammmed sangat.. ye betul tu..bosan kalau pergi time jammed.

bukak balik website Booking.com tu tukar tarikh,cancelkan yang kita dah booked tu..Alhamdulillah semua dipermudahkan..so, kami bertolak hari Jumaat,lepas asya balik kerja dalam pukul 3 lebih dah bertolak dari Kuantan..agak risau jugaklah sebab bertolak dah petang..family pun risau jugak sbb dah lewat kan..patutnya bertolak pagi..tapi kene kerja dulu T_____T

Berhenti makan tengahari di Hentian Rehat Gambang..lepastu terus pecut ke Lipis..kami lalu ikut Jalan Highway Sg. Koyan ke Ringlet tu..masa tu dekat area Raub ke (F) Sg. Koyan pun dh hujan lebat..hati ni berdebar sangat..tak ade kereta lain..kereta kami aje..takuittt.


Jalan tu lebih kurang macam ni..ni pic dari blog ini 

Sampai kat Highway baru tu dalam pukul 6 petang dalam keadaan hujan lebat..tawakal jela naik ke atas..dengan kabus tebal..dengan kami sebiji je kereta petang tu..suami bawak slow la jugak sbb kabus tebal,hujan lagi..

dalam pukul 6.55 petang sampai Tanah Rata..ok dah boleh tarik nafas panjang sebab dah dekat kan..teruskan perjalanan..ke Hotel dan check in..malam tu merayau cari masakan panas di sekitar Tanah Rata..serius masa kami pergi tu sejuk gilaaaaa..bercakap pun mulut keluar asap..tapi tak hujan lah..mendung mendung camtu..syokkk la dari dulu pergi hujan lebatt hihihi

selesai hari pertama,okey kite next ke hari kedua pulak..hehe

Hajat ke sini nak memetik Strawbery di taman Astakona..tapi hampalah sekali lagi sebab time kami datang ni semua ladang strawberi tutup sebab strawbery belum berbuah..masih dalam proses menanam lagi..pokok je ade..buahnya tak ada..frust okayy. Jadi kami hanya makan buah strawbery yang dah sedia ada tu..yang jual kat Pasar Malam Brinchang tu masam..nak yang manis manis tu.. :(

takpelah takde rezeki..so kite berjalan jalan ambik gambar jela ye...hihi..lepas ni jangan muntah tgk gambar ye..sebab merajuk tak dapat petik strawbery, jadi kami bergambar la banyak banyak..haha..tapi malas la upload gambar berdua,nanti muntah berdarah pulak semua orang kan..wakaka

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands


















Tiket untuk masuk ke Mardi ni rasanya RM 3.00 seorang untuk dewasa..
kanak-kanak RM 1.50 sahaja.. kalau tak silap la..lupa jugak ni..hehehe

kalau sesiapa suke selfie sila lah bawak Monopod ye..rugi taw tak bawak monopod..macam asya..dah sampai kat CH baru teringat tak bawak monopod..eksaited punya pasal kan..sampai sane baru tahu erti penyesalan..haha..nasib ada buah hati yang sanggup jadi photographer peribadi iols..hikhikhik

Cameron Lavender - Latest addition to Cameron Highlands !


Amaran : Kalau anda jenis yang sukakan keindahan ciptaan Allah swt..sukakan bunga bungaan..sukakan keindahan warna alam..sila berhati hati melihat gambar di bawah sebab kan...tempat ni cantik sangattttt! nangis tengok bungaaaaa! T__T























Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd





















ok..Tea Bharat Plantation ni tepi jalan sahaja..senang kalau dari Ringlet tu boleh berhenti terus kalau rasa tak zabarrrrrr nak tengok ladang teh ye..hehe..kami berdua memang tak pernah datang sini so kami adalah sangat jakun dan seksaitedddddd turun sampai ke sungai kat bawah tu..ramai orang pergi sampai ke bawah so kami pun terjebak terikut ikut diorang..hehe..sampai bawah tu happy lah sangat sebab sejuk ketor menggigil..rase tak nak balik hotel dah..duduk situ picnic2 sambil makan roti gardenia dalam handbag..ohhh sangat indah..haha

duduk lepak kat pondok bawah tepi sungai tu sambil tengok pelancong dari Bollywood dok posing sakan..terase kami insan kerdil bila dikelilingi mereka yang besar berdentumm tuh..haha

dalam pukul 6.30 petang dah balik ke Hotel..mandi dan solat..malam keluar jalan jalan cari makanan panaskan badan..hihihi

esoknya sebelum balik ke Kuantan,singgah dulu dekat Bee Farm..

Bee Farms - Cameron Highlands


datang sini asalnya nak tengok lebah..pastu terjumpa pulak Taman Bunga Matahari yang besar gedabak tu..haihhh..hidup ini jadi tak keruan tengok bunga tu..haha...paksa suami amik gambar kita kat situ banyak banyakkk sebab kat Kuantan bunga matahari tu kecik besar tapak tangan kita aje..kat sini besar muka kitaaaaaa...haha..

malas dah tengok Bee kat atas tuh..nak tengok bunga aje..hihi..perangai...ish ish ish!

















okey tu lah sahaja antara gambar yang sempat dikongsi..tempat lain tu pergi tapi tak sempat nak amek gambar..sibuk shopping aje..kamera malas la bawak..hihihi

Antara tempat lain asya kunjungi ialah :

Brinchang Night Market
(ihsan pic dr Google)


bunga sejambak macam ni baru RM 5 je...boleh pilih nak yang camane..
sume bunga cantik cantik :D


Gambar pemandangan Pasar Malam Brinchang


Ini Jambu Epal.. Jambu yang dijeruk..sedap jugak..ada dua perisa..satu lg pink..rasa strawbery..yg hijau ni rasa epal..hehehe


Kea Farm







Kampung Taman Sedia

(Homestay jenis rumah kampung di CH..ala ala rumah melayu inggeris macam cerita kat TV3 tu..yang Fahrin Ahmad dengan Sara Ali tu..tulah Kg. Taman Sedia..aman je..cantik tempat tu..next time nak stay situ jela..hehe)

boleh baca review tentang Homestay di Kg. Taman Sedia di sini 


okayy..tu saje..next time asya share lagi ye.. InsyaAllah.. :)

babai..Assalamualaikum :D





5 comments:

Sharinginfoz said...

dah lama tak bawa family jalan2 CH

Bie said...

Seonoknyaaaa.. rasa rindu nk ke cameron lagi, Syok tengok bunga2 dalam entri ni.. :D

Maria Ismail said...

Akak plan nak bawa anak-anak ke CH cuti sekolah akan datang. Bila tengok catatan perjalanan Asya ni lagi la x sabar rasanya nak g sana...

Mrkumai @ Jack said...

Terima kasih. Semoga percutian akan selalu di kenang ..

seteth said...

b0p64r4b36 j0z63b7c82 u0u35o3o73 x8f28z6l89 f1r71y0b42 r5d77c3p78

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...