Instagram

Monday, July 18, 2011

it's my taradiddle of two weeks ago..entry karam di lautan indah :)

Salam..hye all :)
[tak jawab dosa,kalau jawab sayang]

kali ni nak post entry yang boleh dikategorikan sebagai entry borong..oleh kerana saya tiada kesempatan yang terlampau,maka saya haruslah mengambil keputusan hingga sebegini rupa. bebanan kerja dan kesempitan masa tidaklah terduga oleh akal dan minda.ayat sangatlah poyo..sila faham.

untuk memulakan sesi menghapdate belog yang carca marba ini,sila alert dengan ketunggang langgangan struktur ayat sebab penulis nak taip laju laju dengan alasan mahu tidur sebab tidur sangat best..eh bukan,sebab esok pagi mahu bangun awal,berkejaran menahan teksi untuk ke ofis dan memulakan hari yang indah di ofis. indah la sangat kan..pangg sekali.
sesi entry borong kali ini akan dimulakan dengan aktiviti pertama saya untuk 2 minggu lepas..kenape 2 minggu lepas? sebab saya asyik peram semua entry untuk dijadikan satu sebab saya asyik nak update pasal makanan je kan? resepi itu,resipi ini..haishhh..banyak pulak membebel kan..

Episod berkasih sayang bersama encik sayang menyayang

Encik sayang saya cuti mid sem,maka kami hanya dapat berjumpa sekejapan sahaja..terima kasih daun keladi untuk encik sayang sebab berjaya memenuhkan ruang kosong perut saya ini selama bersama awak..teheheehe
[haipp,jangan fikir bukan bukan ok..ini yang saya maksudkan..]

nyummy! cedap cedap! :D

 ini saya yang punya..bukan ahmad albab yang punyaaaa..
ikan pari bakar..ini sangat cedap..cicah die boleh buat menangis berjurai jurai..


 orang demam nak makan ikan kembung crispy saja..
ini dia yang punyaa..

yummy! yummy! sangat teruja bila tengok makanan.. ^^,

tengah bebel bebel tula nak curik curik amek gamba kite kan.. ;')

lepas makan pegi main main dekat taman refleksologi..konon nak exercise la kan..tapi..janji hanya tinggal janji..siap melepak makan wedges segala..siap tapau tea o ais lagi..cemane tu? last last,balik umah,amek adik,anta pegi matrix kesayangan die..habis cerita.

budak demam vs budak sihat

sekian.

Episod beradu tenaga di pejabat kesayangan yang tersergam indah,Putrajaya

episod kali ini adalah sangat kelam kabut sebab langsung tiada perancangan..biasalah,bila dah kata kerja,maka anda haruslah akur ye bila pagi dapat surat,petang kene bertolak ke tempat yang dijanjikan dengan keadaan yang sangat tidak tenteram..ayat taknakkalah ok.

ada kursus di sana,maka packing baju laju laju..nasib baiklah rumah sewa depan pejabat sahaja..maka,bolehla berjalan bagai itik pulang petang untuk mengambil bekalan yang ada.

buat tatapan orang kampung..
pegi kusus dengan mata sepet begini.. T_T

Episod Bengkel yang bukan tempat membaiki kereta

ini juga hal kerja..banyak ceritanya..tapi biarlah rahsia..alasan semata mata sebab malas nak taip panjang panjang..bengkel ini diadakan di Pejabat Kemas Pekan..saya selaku urusetia sangat setia menanti ketibaan makcik catering di situ..den suko bilo ado makan makan!

ini namanya bergambar di tepian sungai pahang ye..lepas habis kerja,laju laju paksa encik super bawak pegi jalan jalan sekitar bandar Pekan itu..ini kat Pekan Waterfont yew..dah senja,maka gambar pon tidaklah banyak..sangat gentle ok senja senja pakai baju kurung sedangkan orang lain hanya pakai tracksuit dan baby T saja.. T_T
*takpe,bukan selalu*

Episod berbahagia bersama keluarga bahagia la pula

bila dah penat bekerja,bila dah cukup stress level di dada,maka,anak kecil ini pulang ke rumah membawa harapan untuk melepaskan segala rindu dendam kesumat di hati bersama keluarga tersayang..kebetulan semua ada..syukur sangat dapat meraikan hari lahir mama bersama semua ;')

bersama adik kecil saya,Danisha :)
budak kecik tapi mulot becok ibarat mak nenek yang tahu serba serbi..


 bersama mama sayang..di Zenith Hotel..jemputan untuk memeriahkan majlis..majlis la sangat kan..it's a Job Fair sponsored by BN Youth.. 

dah penat penat keliling ECM dan Zenith,maka kami berangkat pulang ke sarang..huahuahua
sempat lagi nak camwhore kann..takpe,asalkan ade..itu lebih penting.

itu jela untuk kali ni..ni je yang mampu..saya bukan artis blogger..maka,entry juga tidaklah artis mana.. :P
jumpa lagi ya ibu ibu bapak bapak..
daaaaaaaaaaa :)

p/s : dah mula bosan dengan layout begini..sesiapa yang terer sila tampil ke hadapan saya untuk memperkenalkan diri anda..sila jangan malu dan segan sebab nanti saya akan bagi anda topeng sinchan untuk mengurangkan rasa malu anda..sekian.



6 comments:

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

ayam penyet ! suke :D

izfanora said...

g ayam penyet, napa xmkn ayam?

entry yg pnjg lbr dan padat.. happy birthday juga kpd mama kamu.. :)

Nurulhuda Zaharni said...

uwargh! ayam penyet! kite puas cari kat mega. nak balik br jumpe. mencikkk!

Asya Zain said...

@Nur-Za Marlyana Mohd Kamal:

hehehe..jomla mamam bnyk2 kalau shuke! :D

Asya Zain said...

@Nurulhuda Zaharni:

heheehheee..nanti pegi lagi taw! :D

Asya Zain said...

@izfanora:

sebab da penah makan ayam penyet..nak try menu lain la pulak.. :D
tengkiyu ye izfanora.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...